Want your
own Fotopage?











 
fotopages putrimlm collections
<img src="http://i130.photobucket.com/albums/p280/erics_lo/Banner-cooking.jpg" border="1"
By: duki aidah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Jun-2010 11:00 Email | Share | | Bookmark
selamat datang ke laman website putrimlm colections

assalammualaikum di harap para tetamu sudi2 lah singah ke teratak saya yg tak seberapa ini mungkin boleh mendapat apa2 yg nak di cari dari segi pembelajaran ,gambar2 ,kueh mueh,tempat2 menarik dan lain2

Code:
umieaisyah> nari tak buat kueh esok sampai ari minggu rehat pasal nak menyambut hari ibu
jasmeen>thanks for dropping by <dah tentu jasmeen share2 resepi orang tuo2 kata
zila>boleh apa salahnya mana tahu di murahkan rezeki
cek de sam> thanks Q mamaera
amalhayati>terima kasih bagus tu cadangannya
yana>inshaallah yana nanti putri lawat tempat yana kot ada yg sangkut
shima<harap2 gitu lah ramai kawan
mamasya>terima kasih mamasya atas kunjongan mama







salam kenal kak...
sonoknyerrr bertambah warga FP makin luas kenalan pasni....
Fri 27-Jun-2008 10:55
Posted by:shima  - [Link]
yup..thanks Mon 30-Jun-2008 12:43
Posted by:khairulnazwan wan_studio9rsj@yahoo.com  - [Link]
Dtg buat kunjungan balas....salam perkenalan juga utk Putri... Wed 2-Jul-2008 07:12
Posted by:mamasya  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 1-Jul-2008 13:43 Email | Share | | Bookmark

Quote:













--------------------------------------------------------------------------------
Bulan-bulan yang afdhal beribadat
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala tegahannya, semoga kita termasuk dalam golongan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Maasyiral Muslimin rahimakumullah,

Dalam kita menempuh kehidupan di dunia ini, Allah s.w.t telah menghadiahkan kita beberapa waktu-waktu khusus, yang mana afdhal untuk kita meningkatkan lagi ibadat kita kepada Nya.

Pada khutbah yang lepas, telah diterangkan tentang waktu-waktu yang afdhal beribadat dalam sehari, iaitu waktu spertiga akhir malam, waktu selepas Subuh sehingga matahari terbit dan waktu antara Maghrib dan Isyak. Dalam seminggu pula Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada hamba-hambanya hari Jumaat sebagai sayyidul ayyam, penghulu segala hari, agar kita menggunakan hari tersebut untuk lebih banyak beribadat kepada Allah.

Dan Rasulullah s.a.w menggalakkan umatnya agar berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana pada kedua hari tersebut segala amal seseorang akan dibentangkan kepada Allah s.w.t. Tidakkah kita suka agar apabila amal kita yang sedikit ini dibentangkan kepada Allah, kita dalam keadaan berpuasa beribadat kepada Allah? Dan bukan dalam keadaan melakukan maksiat sehingga amal kita ditolak oleh Allah?

Saudara-saudara sekelian,

Rahmat Allah kepada hamba-hambaNya amat luas. Tidak cukup dengan hari-hari khusus dalam seminggu, Allah s.w.t juga mengkhususkan hari-hari tertentu dalam sebulan bagi hamba-hambaNya yang ingin mendekatkan diri mereka kepadaNya.

Dalam banyak hadith Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umatnya agar berpuasa tiga hari dalam sebulan, tidak kira samada hari-hari tersebut berturutan atau berpisah-pisah. Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam sebulan maka seolah-olah ia berpuasa selama-lamanya. Begitu besar ganjaran yang menanti mereka yang ingin melakukan ibadat ini. Begitu besar rahmat dari Allah untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Dan sebaik-baiknya adalah berpuasa pada hari-hari yang dinamakan ayyamul bidh, atau hari-hari terang bulan. Ia adalah tiga hari iaitu hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijriyah, hari-hari bulan purnama. Telah dikhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan puasa tiga hari pada hari-hari terang bulan. Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya: Nabi Nuh a.s berpuasa sepanjang masa. Nabi Daud a.s berpuasa setengah dari sepanjang masa, kerana beliau berpuasa dan berbuka selang-seli. Manakala Nabi Ibrahim berpuasa sepanjang masa dan berbuka sepanjang masa, kerana beliau berpuasa tiga hari pada setiap bulan.

Sekiranya kita tidak mampu untuk berpuasa setiap Isnin dan Khamis, maka janganlah ktia lepaskan peluang yang datang sekali dalam sebulan ini. Marilah kita berpuasa sepanjang masa dan berbuka sepanjang masa. Caranya mudah. Kita berpuasa tiga hari sahaja dalam sebulan. Tidak lebih dari itu. Mudah-mudahan dengan puasa ini, ia dapat mentarbiyah rohani kita agar lebih mudah melakukan ibadat dan berat melakukan maksiat. Sesungguhnya orang-orang yang mukmin adalah mereka yang suka melakukan ibadat dan berat untuk melakukan maksiat.

Saudara-saudara sekelian,

Allah telah mengkhususkan untuk hamba-hambaNya waktu-waktu tertentu yang afdhal beribadat dalam sehari, seminggu dan sebulan. Tidak cukup dengan itu, Allah s.w.t telah mengkhususkan untuk hamba-hambaNya bulan-bulan tertentu dalam setahun, yang mana ganjaran pahala yang dianugerahkan dilipat ganda. Dengarlah firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah, ayat 36:

Ertinya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Allah telah menganugerahkan kepada manusia empat bulan yang haram. Bulan-bulan tersebut adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Orang-orang Islam dilarang berperang pada bulan-bulan ini kecuali apabila diancam. Ini adalah kerana bulan-bulan ini adalah bulan-bulan ibadah. Bulan Zulkaedah adalah bulan persiapan bagi mengerjakan ibadat haji. Bulan Zulhijjah adalah bulan ibadat yang agung iaitu haji. Bulan Muharram terdapat padanya satu hari yang amat digalakkan berpuasa dan berzikir, iaitu hari Asyura, hari kesepuluh bulan Muharram. Rasulullah s.a.w menggalkkan umatnya agar berpuasa pada bulan-bulan haram ini. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Puasa sehari pada bulan-bulan haram adalah bersamaan dengan puasa tiga-puluh hari pada bulan-bulan lain. Dan puasa sehari pada bulan Ramadhan bersamaan dengan puasa tiga-puluh hari pada bulan-bulan haram.

Dan sabda beliau lagi:

Ertinya: Sesiapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut dalam bulan-bulan haram, iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah akan mejauhkannya dari api neraka.

Saudara-saudara sekelian,

Bulan haram yang keempat adalah bulam Rejab, satu bulan yang digelar sebagai pintu bulan-bulan yang mulia. Kerana bermula dari Rejab akan diikuti pula dengan bulan Syaaban dan Ramadhan. Tiga bulan yang mulia yang mana Rasulullah banyak berpuasa didalamnya. Hari ini adalah hari pertama bulan Rejab. Hari ini adalah permulaan hari-hari mulia. Sesungguhnya orang-orang mukmin akan menggunakan bulan Rejab dan bulan Syaaban sebagai persiapan untuk menghadapi bulan yang termulia iaitu bulan Ramadhan. Mereka mempersiapkan diri bukan dari sudut fizikal, tetapi dari sudut rohani. Mereka mula membersihkan hati mereka sebelum menghadapi bulan Ramadhan yang mulia, agar apabila datang bulan Ramadhan, hati mereka sudah bersedia untuk menerima cahaya dari Allah, rahmat dan fadhilat dari Allah. Inilah ciri-ciri orang mukmin. Rasulullah s.a.w setiap kali masuk bulan Rejab, beliau akan berdoa:

"Ya Allah! Berkatilah untuk kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

Inilah doa yang sepatutnya kita membacanya bermula dari hari ini.Agar kita diberkati oleh Allah pada bulan ini (Rejab) dan bulan akan datang (Syaaban). Dan agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia.

Perbanyakkanlah ibadat pada bulan-bulan yang mulia ini. Dan kurangkanlah maksiat pada bulan-bulan ini.

Tidakkah kita mahu merebut peluang ini? Seperti mana kita ingin bonus gaji kita setiap tahun, lihatlah bagaimana Allah menyediakan bonus pahala untuk kita. Bukan setakat setiap tahun sahaja, tetapi setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Rugilah mereka yang mensia-siakan bonus dari Allah ini. Firman Allah s.w.t dalam surah Mukminun, ayat 61:

Ertinya: Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.

Baarakallah.......













Care to comment?


Tuesday, 1-Jul-2008 11:53 Email | Share | | Bookmark
semOt kengge





Care to comment?


Sunday, 29-Jun-2008 09:55 Email | Share | | Bookmark






Care to comment?


Sunday, 29-Jun-2008 08:25 Email | Share | | Bookmark
asam pedas ikan siakap

kari ikan
 
sambal belacan
View all 8 photos...






Quote:
Bahan2 :

ikan siakap 1 kg siap dipotong dan perapkan dgn garam dan air asam selama 15minit
20tangkai lada kering
2 labu bawang
3biji bawang putih
1inci halia
1inci kunyit
blacan sikit

2 sudu kecil serbuk kari ikan
1 sudu besar lada hitam

1 mangkuk air asam jawa pekat & 2 mangkuk air asam cair
2 senduk minyak utk menumis
2 biji bende
2 btg serai
50sen daun kesum

Cara2 :

1. Cuci ikan siakap bersih2 dan toskan.

2. Kisar semua bahan2 di atas kecuali terung, serai dan daun kesum.

3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan2 kisar tadi. Campakkan serai yg telah di titik dahulu. Kacau bahan tumisan hingga garing.
4. Kemudian masukkan air asam jawa pekat dulu dan kacau rata. Bila mendidih masukkan ikan siakap. Kacau rata, tutup periuk dan biarkan mendidih dalam 5 minit.

5. Pastu masukkan air asam cair dan bende. Biarkan mendidih.

6. Bila sudah agak pekat, masukkan daun kesum dan tutup periuk. Matikan api.. Selesai dan boleh dihidang. Makan dgn nasi putih, ikan kering dan sambal blacan.. nyum nyum...



Care to comment?


Sunday, 29-Jun-2008 05:27 Email | Share | | Bookmark
kueh melayu

sesagu
wajik
dram-dram
View all 4 photos...


Quote:
khairulnazwan <boleh apa salahnya

nk blajar masak leh???? Mon 30-Jun-2008 04:43
Posted by:khairulnazwan wan_studio9rsj@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 04:57 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 5 photos...



Care to comment?


Saturday, 28-Jun-2008 16:55 Email | Share | | Bookmark
kueh kaswi




300g tepong
60g tepong sagu<tapioca
1 sudu tepong beras
1 sudu hongkwee
250 g gula melaka
125g gula pasir
1 sudu teh kapo
perwarna cokolat warna cokolat seperti coco
1240ml air
daun pandan

gul pasir dan gula melaka di cairkan dgn air
sukat air tu 1240ml
bancih kapo garam dan tepong
anggaran 40 min ia itu sampai kental kalau pakai mangkok lebihkan air 250mlm dlm 15/20 min.

setelah sejok baru potong
kelapa anpa kulit

Care to comment?


Tuesday, 24-Jun-2008 12:50 Email | Share | | Bookmark
thats me

duki aidah
raiyaan
soleha
View all 4 photos...
dari kecil hingga ke besar

Care to comment?


Tuesday, 24-Jun-2008 11:22 Email | Share | | Bookmark
soleha

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
time ni soleha baru satu setengah tahun orang kata baru2 nak belajar dudok semua dia nak tau apa benda di lantai semua dia bedal bukan bedal dia makan tapi bedal untok dia terokai org kata benda baru



Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.