mom`s photo journal

By: dukiaidah fotopages

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jul-2008 08:43 Email | Share | Bookmark
baklava



baklava

750g mentega tanpa garam
1 kg kacahang pistachio<tumbuk kasar
2 changkir <mug>gula pasir
1 changkir air
1/4 biji lemon<ambil airnya
2 kotak phylo pastry

cara

masak mentega sehingga menjadi jernih dan keluar tahi minyak.tapis
masak gula, air,dan jus lemon sehingga apabila dititiskan daripada senduk,air gulanya jatuh setitis2 .ini bermakna gulanya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
ambil dulang pembakar dan sapukan mentega di permukaannya.ambil sehelai phylo pastry dan lapiskan di permukaan dulang.sapukan lagi minyak mentega rata2 diatas phylo pastry tadi.ulang cara ini sehingga lima atau enam lapis.dilapisan terakhir jangan sapukan minyak mentega.
taburkan kacang pistachio sebanyak yg anda rasa sesuai.
ulang langkah (3) iaitu lapiskan phylo pastry sama banyak dengan lapisan sebelumnya.siramkan mintak menteganya dilapisan terakhir.
akhir sekali potong baklava yang masih mentah ini dalam bentuk kotak2 empat persegi.bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 180 darjah celsius hingga pastrinya berwarna perang
setelah dikeluarkan daripada ketuhar, biarkan panasnya merosot sedikit dan potong semula kuih hingga ia betul2 putus, barulah siramkan air gula secukupnya.hiaskan dengan kacang pistachio di atasnya.

Quote:
zai KuLiM ~kueh org arab niii sedap kat mesia dan sg takder kalau ada pun kat kedai pak arab
Ummi Eyna - JB ~ baklava ni kueh org arab yg dok di timur tengah kueh ni macam kueh traditional diorg macam kueh tempatan kite kueh tart ,kueh bangkit kueh 2 yg seangkatan dgn nya ummi eyna


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net