mom`s photo journal

By: dukiaidah fotopages

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Jul-2008 04:35 Email | Share | Bookmark
menu tengahari

mee siam
ayam goreng berbijan
ubi rebus bersira gula
mee siam

menu hari ini :12 july
mee siam berkuah
resepi : suria channel resepi

mls nak makan nasi so kite masak mee siam jek makan ngan ayam goreng berbijan

Quote:

Bahan-Bahan
1 bungkus mi siam cap lada merah, rendam sebentar dan toskan
1 kilo tauge, buang akar dan kepala hitamnya
5 pokok kucai, cuci bersih dan hiris, untuk tabur
3 keping tauhu, cuci bersih, hiris 1 cm lebar dan goreng, untuk hiasan
5 biji telur rebus, belah 2
10 biji limau kasturi belah 2
Semangkuk sambal tumis buatan sendiri, jika suka
Minyak untuk menumis


BAHAN UNTUK REMPAH MI
30 biji lada kering, buang biji, rendam
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih dikisar halus
1 sudu teh tauco, cuci bersih
1 sudu makan udang kering, di rendam


BAHAN UNTUK KUAH MI
30 biji lada kering
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 cawan gajus, direndam, dikisar
1/2 cawan badam, di rendam, dikisar
3 sudu makan udang kering, direndam
3 sudu makan tauco, cuci bersih
1 sudu makan asam, dijadikan air asam
1/4 kilo udang hidup yang kecil, kupas kulit
Gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara Cara

CARA MASAK MI
Panskan sedikit minyak didalam kuali. Tumis rempah kisar sehingga garing dan wangi. Semasa menumis rempahnya, perhatikan ia masak rata, jangan biarkan sehingga terlalu kering dan hangus. Masukkan mi dan sedikit air. Taburkan sedikit garam dahulu. Balik-balikkan dan masaklah sehingga mi nya lembut. Masukkan tauge dan terus matikan api. Balik-balikkan lagi sehingga rata. Rasa dan tambah apa yang kurang.

CARA MEMASAK KUAH MI
Panaskan minyak didalam periuk. Tumis rempah kisar sehingga garing. Masukkan secukup air. Mulakan dengan 5 cawan. Masukkan air asam. Biarkan sehingga mendidih. Jika kuahnya terlalu pekat, tambahkan lagi airnya. Masukkan sedikit garam dan gula. Masukkan udang hidup. Rasa dan tambah apa yang kurang. Rasa kuahnya haruslah masam, manis dan lemak.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net