mom`s photo journal

By: dukiaidah fotopages

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Jul-2008 05:56 Email | Share | Bookmark
tartlett buah2an

Quote:

Fruit Tart
550 gm tepung gandum
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
1 biji telur
100 gm gula icing
secubit garam

Cara
Mentega, margarine dan gula icing di pukul sebentar hingga rata. Masukkan telur & esen vanilla, dikacau rata lalu dimasukkan tepung gandum. Uli hingga sebati. Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya. Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett. Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya dgn sudu 180 darjah selama kira-kira 25-30 minit. Sesudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk dahulu sebelum disapu dgn cokelat yg sudah dicairkan tadi.

Untuk Alas Tartlet
secukup chocolate block (for coating)- cairkan dgn kaedah 'double-boiling'

Krim Kastad
Bahan A
250 ml susu plain
50 gm gula
100 gm mentega
(Masak Bahan-bahan A ini hingga mendidih)

Bahan B
250 ml susu plain
40 gm tepung kastad
1 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
sedikit esen vanilla
secubit garam

Cara Membuat Krim Kastad
Bahan-Bahan B ini dikacau rata dan tapis lalu masukkan ke dalam Bahan-Bahan A yg telah mendidih tadi. Didihkan lagi hingga masak.

Cara Menyediakan Fruit Tartlet
Ambil pastry tartlet yg telah disapu cokelat dan bubuh sedikit krim kastad. Susunkan dgn buah-buahan pilihan anda dan akhir sekali sapukan gel di atas buah-buahan tadi.

Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, peach, strawberry, blueberry, raspberry, etc.

Gel/Jelly Glaze
1) Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan... atau 2) Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.


ive got this recipes dari rozzan's shared recipes


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net