mom`s photo journal

By: dukiaidah fotopages

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Aug-2008 00:37 Email | Share | Bookmark
kueh keria

 
Quote:

Bahan-bahan
600 gm keledek
150 gm tepung gandum
¾ cawan gula putih
Minyak
Garam

Cara membuatnya
Ubi Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Setelah masak, biarkan sejuk dan kemudian ubi keledek tersebut dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat.

Ubi keledek yang lenyet itu digaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Ambil satu camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi.kali ini aku boh lam peti sejok kasi keras sikit supaya senang sikit nak mengoreng nya

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng sehingga kekuningan. Setelah semua selesai, ketepikan. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering.

Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.

kali ini wat sarapan pagi kueh keria kali in aku buat beso2 cikit cuma tektik kali ini aku boh dlm peti sejok setelah buat adunan tu berbentok donut supaya adunan tu keras sikit supaya senang nak mengorengnya .

Quote:
jasmeen~alahaiiii siannya alah bebudak katakan biasa lah dah buat atau beli baru dia tahu bezanya donut dan keria<memang kite pakai icing kalau pakai sira terasa terlalu manis.
zira~memang sedap kalau kledeknya banyak dr tepong
mama safina~oh ye ke? alhamdullilah boleh lah wat penawar rindu
mamaella~oh ye ke? alhamdullilah kuih2 di sini kite wat dulu baru di edit kat fp ni
Eridz Swansea ~buat lah kat fp ni pun ada resepi nya
seridahanim harap2 gitu lah kalau boleh nak wat macam2


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net