mom`s photo journal

By: dukiaidah fotopages

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Aug-2008 03:18 Email | Share | Bookmark
juadah ku untok berbuka

soto ayam
gulai udang bersama nanas
sambal goreng
Quote:

sambal goreng

Bahan-Bahan:
10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo tetel
½ kilo udang basah(sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
tetel,direbus potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan dan di goreng setengah masak
¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
¼ kilo kachang panjang di goreng setengah masak
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dihiris
2 inci lengkuas dihiris
2 inci halia di hiris
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan tetel)
Gula, garam, perasa

Cara:
Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.
Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau halia serai dan lengkuas yg dihiris, kacau sehingga rata.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, tetel, udang ,kachang panjang dan kacau sehingga rata.
Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh paru.
Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.


Quote:

resepi ni di petik dr mesra, net resepi

soto ayam

Bahan-Bahan:
Nasi Impit
4 cawan beras dicuci
12 cawan air

cara:

Dimasak dalam rice cooker.Biarkan sekurang2nya 1 jam. Dilenyek supaya halus.Keluarkan masukkan kedalam loyang, diratakan. Sapukan sedikit minyak diatasnya dan diratakan dengan plastik. Biarkan sejuk.Potong.

2 ekor ayam Tua/Muda.Ayam Tua lebih sedap seperti rasa ayam kampong.Potong empat, bersihkan.
2labu bawang besar
10 biji bawang kecil.
10 ulas bawang putih
3 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
10biji buah pelaga.
4 batang serai dikisar
sedikit lengkuas dan halia (mesin bersama bawang2)
10 biji buah keras (mesin)
5 sudu makan rempah sup ADABI.


Cara:
1. Tumis bawang2 dan bahan lain yang dimesin tadi bersama rempah menumis.Masukkan serai. Biar sampai naik baunya. Masukkan ayam dan masukkan air secukupnya untuk merebus ayan sehingga empok. (2-3 jam).Masukkan Buah keras.Letak perasa secukupnya.

2. Apabila sudah empok angkat ayam dan siat2kan isinya.Tulangnya boleh dimasukkan kedalam kuah dan direbus semula.

3. Potong nasi impit, taborkan isi ayam,
taugeh celor, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap cili padi.
3. Rasa kuah dengan mencampurkan garam

nasi impit ni boleh di tukar dgn mee kuning atau mee siam kalau ingin tambah lagi boleh di buboh dgn bagedil daging

Quote:
gerhana bulan di mlm nisfu shaaban
date 17 aug 2008
time 3.30am-6.30 am





Quote:
Wak Kumis ~tido wak jam 4 pagi baru bangun nak berpuasa wak sempat juga tengok 2 kat tingkap wak tapi semuanya gelap wak tak der bulan pun
Pemancing Ikan~sebaik ada teman boleh juga wak kumis dtg bertandang
Little Mama ~bole lah mama somi yg suka kite tak suka sangat sambal goreng suka buat jek
amal~ia ke kite selalu buat ingatkan menu org sg bagus lah amal boleh lah kite share2 menu untok bulan posa nanti
:umieaisyah~alah tak per pemberian kecik je tu umieaisyah terima kaseh daun keladi esok2 mintak lagi resepi kat umie
Zilah ~ alhamdullilah sihat buat hari ni zilah esok blom tau
:zira~bangun dan tengok di luar tapi semuanya gelap awan di langit pun tak nampak camner nak nampak bulan gerhana tak nampak zira


Quote:

http://umieaisyah.fotopages.com
khas untok umieaisyah
10Q banyak2 menyalinkan sekali resepi layer pandan cake tu



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net